Pertandingan Jelajah Dunia Akhir BWF kekal menjadi saingan badminton yang menawarkan hadiah paling lumayan di atas muka bumi buat pemain-pemain profesional.
Ini selepas penganjurnya, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan meningkat hadiah wang tunai bagi kejohanan tersebut untuk edisi 2023 hingga 2026, pada hari ini.
Hasil peningkatan tersebut, hadiah wang tunai keseluruhan bagi edisi 2023 dinaikkan menjadi AS$2.5 juta berbanding AS$2 juta pada asalnya.
Manakala hadiah wang tunai keseluruhan bagi edisi 2024 juga kekal sama seperti edisi 2023.
Sementara itu, hadiah wang tunai keseluruhan bagi Jelajah Dunia Akhir BWF edisi 2025 dan 2025 pula lebih mahal iaitu bernilai AS$3 juta dan AS$3.5 juta masing-masing.
Untuk makluman, pertandingan Jelajah Dunia Akhir BWF merupakan saingan penutup bagi Jelajah Dunia BWF yang hanya dapat ditandingi oleh lapan perseorangan lelaki dan wanita serta lapan pasangan terbaik daripada kategori lelaki, wanita dan campuran sahaja.
Sebagai tambahan, penganjur turut menetapkan keempat-empat edisi Jelajah Dunia Akhir BWF ini akan dilangsungkan di Hangzhou, China sepertimana diumumkannya sekitar awal Ogos lalu.
📣The HSBC #BWFWorldTourFinals will remain the richest #badminton tournament in the world with a huge prize money injection of US$11.5 million over the next four years. #HangzhouFinals2023https://t.co/yOJgbkIujs
— BWF (@bwfmedia) November 15, 2023