Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertindak menyediakan tayangan skrin besar bagi aksi Malaysia menentang Kygyzstan yang merupakan perlawanan pertama peringkat Kumpulan D – Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Ianya dilakukan bagi membolehkan para penyokong yang tidak dapat turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) serta tidak mempunyai akses kepada saluran Astro menyaksikan skuad berjulukan Harimau Malaya menentang pasukan yang menghuni ranking ke-97 dunia itu.
Selain itu, ianya juga memberikan peluang kepada para penyokong khususnya yang berada di luar Lembah Klang untuk menyaksikan perlawanan itu secara beramai-ramai sekaligus menerbitkan suasana atau atmosfera seperti berada di stadium.
Sebanyak 16 lokasi tayangan skirn besar di seluruh negara disediakan oleh KBS dan senarainya adalah seperti berikut:
- Putrajaya: Dataran Putrajaya, Presinct 3
- Kuala Lumpur: PPR Muhibbah, Seputeh
- Selangor: SACC Mall, Shah Alam
- Perak: Uptown Ipoh, Ipoh Night Market
- Pahang: Arena Dato’ Manan, Kuantan
- Terengganu: Dewan Serbaguna Perumahan Giat MARA, Bukit Payung, Marang
- Kelantan: Mydin Mall Tunjung, Kota Bharu
- Sarawak: Times Square Mall, Bintulu
- Sabah: Funky Farm Food Court, Kota Kinabalu
- Negeri Sembilan: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
- Johor: Ngepot Kabin, Kampung Masjid Lama, Kluang
- Melaka: Perkarangan Parkir UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Jalan Hang Tuah
- Pulau Pinang: Padang Kawad USM, Gelugor
- Pulau Pinang: Esport Youth Cabin, Kepala Batas
- Kedah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
- Kedah: Mini Stadium Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia, Sintok
Untuk makluman semua, sepak mula perlawanan Malaysia menentang Kyrgyzstan adalah pada jam 9 malam.
View this post on Instagram