Beregu campuran bebas (independent) tanah air, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berhasil melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan Kumamoto Masters Jepun 2023 – Jelajah Dunia BWF Super 500.
Pasangan yang menghuni ranking ke-21 dunia ini mencetak kemaraan tersebut selepas berjaya menyingkirkan beregu No.2 Korea, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun dengan bergaya di pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan itu, Kian Meng-Pei Jin menumpaskan Kim-Jeong yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 21-17 dalam tempoh sekitar setengah jam sahaja.
Kumamoto Masters Japan 2023
XD – R16
🇲🇾TAN Kian Meng🏅
21 21 🇲🇾LAI Pei Jing🏅
🇰🇷KIM Won Ho
14 17 🇰🇷JEONG Na Eun🕚 in 36 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 16, 2023
Sebagai rekod, keputusan pada hari ini membolehkan Kian Meng-Pei Jing melakar kemenangan kedua daripada tiga pertembungan menentang Kim-Jeong di pentas antarabangsa.
Dua pertembungan lalu yang berlangsung di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 dan Terbuka Korea 2023 berakhir dengan Kian Men-Pei Jing dan Kim-Jeong mencatatkan satu kemenangan masing-masing.
Sementara itu, Kian Meng-Pei Jing yang melakar kemaraan ke peringkat suku akhir akan menghadapi cabaran daripada beregu No.2 dunia, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.
Kumamoto Masters Japan 2023
XD – R16
🇯🇵Yuta WATANABE🏅
22 22 🇯🇵Arisa HIGASHINO🏅
YE Hong Wei
20 20 LEE Chia Hsin🕚 in 45 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 16, 2023
Pasangan dari negara matahari terbit ini mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir selepas menumpaskan pasangan Chinese Taipei, Ye Hong Wei dan Lee Chia Hsin juga secara “straight set” menerusi skor 22-20 dan 22-20 dalam tempoh 45 minit di pusingan 16, sebentar tadi.
Berdasarkan rekod, Kian Meng-Pei Jing tidak mempunyai rekod yang begitu baik apabila bertemu Yuta-Arisa di pentas antarabangsa dimana mereka hanya berhasil mencatatkan tiga kemenangan sahaja daripada sembilan pertemuan.
Featured Image: Facebook VICTOR