Gandingan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya merakamkan kemenangan ke atas Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai dalam pertembungan sesama sendiri yang berlangsung di pusingan 16 saingan Kumamoto Masters Jepun 2023.
Kemenangan itu sekaligus membolehkan Tang Jie-Ee Wei merampas tiket kemaraan ke peringkat suku akhir Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 ini selain mengukuhkan nama mereka selaku beregu campuran No.1 tanah air pada masa kini.
Bagaimanapun, kemenangan tersebut tidak menjelma dengan mudah buat Tang Jie-Ee Wei.
Pasangan yang menghuni ranking kesepuluh dunia ini perlu bertarung selama hampir satu jam terlebih dahulu sebelum dapat mengkahiri pertembungan yang berlangsung di Gelanggang 4, Kumamoto Prefectural Gymnasium menerusi tiga set permainan berskor 16-21, 21-13 dan 21-13.
Kumamoto Masters Japan 2023
XD – R16
🇲🇾CHEN Tang Jie🏅
16 21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅
🇲🇾GOH Soon Huat
21 13 13 🇲🇾LAI Shevon Jemie🕚 in 56 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 16, 2023
Pada masa yang sama, keputusan pada hari ini membolehkan Tang Jie-Ee Wei menyeimbangkan rekod menentang Soon Huat-Shevon kepada satu kemenangan masing-masing daripada dua pertembungan di pentas antarabangsa setakat ini.
Untuk pengetahuan semua, pertembungan sulung di pentas antarabangsa melibatkan kedua-dua beregu ini berlangsung di Terbuka Korea pada Julai lalu.
Pertembungan itu menyaksikan Soon Huat-Shevon berjaya melakar kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 21-16 sekaligus meragut tiket kemaraan ke pusingan 16 kejohanan berkenaan.
Sementara itu, Tang Jie-Ee Wei yang mara ke peringkat suku akhir akan menantikan cabaran samada daripada beregu No.1 dunia, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong dari China atau beregu Jepun yang berada di ranking ke-13 dunia, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito.
Featured Image: Thailand Open