Skuad kebangsaan Korea Selatan yang merupakan salah satu lawan buat Malaysia dalam kancah Piala Asia 2023 kelak memulakan kempen Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan membantai Singapura tanpa sebarang belas kasihan.
Beraksi di laman sendiri, Stadium Piala Dunia Seoul, skuad bimbingan Jurgen Klinsmann itu berjaya mencetak kemenangan besar 5-0 ke atas skuad negara jiran seberang tambak dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi.
Korea yang dibarisi dengan beberapa pemain handalan yang beraksi di benua eropah mula menembusi gawang Singapura pada minit ke-44 menerusi penyerang Midtjylland, Cho Gue-sung sekaligus menutup babak pertama dengan kedudukan 1-0.
[GOAL] λνλ―Όκ΅π°π· 1-0 πΈπ¬μ±κ°ν¬λ₯΄
μ λ° 44λΆ, μ΄κ°μΈμ μ λ°ν ν¬λ‘μ€κ° λ°μ§μλΉλ₯Ό λ«μ΄λ΄κ³ μ‘°κ·μ±μ΄ λ§λ¬΄λ¦¬ν©λλ€!
κΈ°λ€λ Έλ 첫 κ³¨μ΄ ν°μ§λ©΄μ κ²½κΈ°λ₯Ό μ£Όλν΄λκ°λ λνλ―Όκ΅μ λλ€!#λνλ―Όκ΅ #μΆκ΅¬κ΅κ°λνν #μλμ»΅ #2μ°¨μμ #λ€μμΉ΄νλ₯΄ #μμμ_μ μμ_ν₯ν΄ pic.twitter.com/3rPQWIbjycβ theKFA (@theKFA) November 16, 2023
Bersambung babak kedua, Korea yang kini berada di ranking ke-24 dunia bertambah ganas aksinya dan berjaya menggandakan kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke-49 melalui pemain sayap Wolverhampton Wanderers, Hwang Hee-chan.
Belum sempat Singapura bimbingan jurulatih dari Jepun, Takayuki Nishigaya mencari gol untuk merapatkan jurang, bintang sensasi Tottenham Hotspur, Son Heung-min menambah satu lagi jaringan buat Korea menerusi satu rembatan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-63 menewaskan Hassan Sunny.
Jaringan menerusi rembatan kaki kirinya yang menuju tepat ke bahagian bucu gol Singapura itu meletakkan skuad berjulukan Taeguk Warriors mendahului dengan selesa 3-0.
[GOAL] λνλ―Όκ΅π°π· 3-0 πΈπ¬μ±κ°ν¬λ₯΄
μν₯λ―Όμ‘΄μμ λμ¨ νμμ μΈ κ°μ차기골!β½
μ΄ κ³΅κ°μ μν₯λ―Όμ΄ μ§λ°°ν©λλ€!π₯#λνλ―Όκ΅ #μΆκ΅¬κ΅κ°λνν #μλμ»΅ #2μ°¨μμ #λ€μμΉ΄νλ₯΄ #μμμ_μ μμ_ν₯ν΄ pic.twitter.com/kXVe010gxiβ theKFA (@theKFA) November 16, 2023
Selang lima minit kemudian, Korea dikurniakan pula sepakan penalti oleh pengadil perlawanan dan penyerang Norwich City yang masuk selaku pemain gantian, Hwang Ui-jo dengan tenang menyudahkannya untuk meletakkan Korea mendahului dengan lebih selesa 4-0 di hadapan.
Tatkala permainan dilihat bakal berkesudahan dengan keputusan 4-0, Korea mengubah kedudukan itu menjadi 5-0 menerusi satu rembatan luar kotak daripada pemain tengah menyerang Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in pada minit ke-85.
[GOAL] λνλ―Όκ΅π°π· 5-0 πΈπ¬μ±κ°ν¬λ₯΄
곡μ μ΄κ°μΈ μμ λ¨μ΄μ‘κ³ μ΄κ°μΈμ μΌλ°μλ μ€μλ μμμ΅λλ€π₯#λνλ―Όκ΅ #μΆκ΅¬κ΅κ°λνν #μλμ»΅ #2μ°¨μμ #λ€μμΉ΄νλ₯΄ #μμμ_μ μμ_ν₯ν΄ pic.twitter.com/07QPurwS7Wβ theKFA (@theKFA) November 16, 2023
Kedudukan tersebut kekal sehingga pengadil meniup wisel menamatkan permainan sekaligus menghadiahkan Korea tiga mata pertama daripada pusingan ini.
Untuk perlawanan seterusnya peringkat Kumpulan C, Korea akan bertandang ke negara tembok besar untuk menentang China pada Selasa hadapan. Sementara itu, Singapura pula akan berhadapan pasukan No.2 ASEAN iaitu Thailand di tempat sendiri.
Featured Image: λνλ―Όκ΅ μΆκ΅¬ κ΅κ°λνν – Korea Football TeamΒ
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!