Beregu terbaik wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di pentas separuh akhir Kumamoto Masters 2023.
Hasrat tersebut lebur ekoran Pearly-Thinaah yang menghuni ranking ke-13 dunia terpaksa akur tumpas di tangan beregu No.4 Jepun, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto ketika berentap di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Pertembungan yang berlangsung buat kali kedua di pentas antarabangsa ini menyaksikan Pearly-Thinaah mengalami kekalahan secara “straight set” menerusi skor 13-21 dan 18-21 di tangan pasangan yang berada di ranking ke-14 dunia tersebut.
Kumamoto Masters Japan 2023
WD – QF
🇯🇵Rena MIYAURA🏅
21 21 🇯🇵Ayako SAKURAMOTO🏅
🇲🇾TAN Pearly
13 18 🇲🇾THINAAH Muralitharan🕚 in 43 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 17, 2023
Sebagai rekod, perlawanan yang berlangsung di Gelanggang 2 bertempat di Kumamoto Prefectural Gymnasium ini mengambil masa selama 43 minit sebelum menemui pemenangnya.
Keputusan pada hari ini juga membolehkan Rena-Ayako membalas dendam terhadap kekalahan yang dialami mereka ketika berentap menentang Pearly-Thinaah buat julung kalinya di Malaysia Masters 2023 pada Mei lalu.
Pertarungan pada pusingan 16 yang memakan masa hampir satu jam dan 30 minit itu berakhir dengan Rena-Ayako tumpas menerusi tiga set permainan berskor 21-17, 18-21 dan 21-19.
Sementara itu, Rena-Ayako yang meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Kumamoto Masters Jepun 2023 ini akan berentap menentang samada beregu China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu atau beregu Chinese Taipei, Lee Chia Hsin untuk merebut slot ke perlawanan akhir.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia