Penyerang sayap skuad kebangsaan yang menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ketika menentang Republik Kyrgyzstan, Faisal Halim menghiasi platform media sosial rasmi Piala Dunia FIFA sekaligus menjadi tatapan peminat bola sepak seantero dunia.
Media sosial rasmi kejohanan bola sepak paling berprestij berkenaan dilihat melakukan satu hantaran dengan mengepilkan foto Faisal atau nama panggilan mesranya, Miki ketika sedang meraikan gol kemenangan skuad Harimau menerusi platform Facebook (FB), Instagram (IG) dan X pada lewat petang semalam.
Hantaran yang boleh diklasifikan sebagai jarang-jarang berlaku terutamanya melibatkan pemain atau skuad Harimau tersebut turut diselitkan dengan kapsyen, “Malaysia staged the perfect comeback in their opening #WeAre26 qualifying match.”
View this post on Instagram
Lebih manis, kebangkitan Malaysia yang menghasilkan keputusan 4-3 ke atas Kyrgyzstan yang dikongsikan oleh akaun rasmi Piala Dunia FIFA itu turut meraih tumpuan peminat dan penyokong tempatan malahan segenap pelusuk dunia.
Ketika artikel ini ditulis, berdasarkan tinjauan, hantaran di FB dan IG mendapat reaksi tanda suka (likes) sebanyak lebih 35,000 dan 102,000 masing-masing. Sementara itu, di platform X, ianya mendapat lebih 7,500 tanda suka dan 3,000 repost.
Pada masa yang sama, hantaran-hantaran tersebut turut dihujani dengan pelbagai komen, ucapan serta pujian daripada pengguna-pengguna ketiga-tiga media sosial berkenaan.
Sebelum itu, FB rasmi Piala Dunia FIFA turut memuat naik satu status khas buat pengguna platform media sosial berkenaan dalam bahasa melayu dengan kapsyen, “Perlawanan yang hebat sekali!”
Manakala sejurus sahaja tamat perlawanan pada Khamis lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), akaun X Piala Dunia FIFA melakukan hantaran perubahan skor perlawanan yang menunjukkan Malaysia bimbingan Kim Pan-gon melakukan kebangkitan untuk menumpaskan Kyrgyzstan diiringi kapysen “WHAT. A. GAME!”
72′: 🇲🇾 1-3 🇰🇬
90+3′: 🇲🇾 4-3 🇰🇬WHAT. A. GAME! 👏 https://t.co/vwYQtvGNSG
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 16, 2023