Chinese Taipei vs Malaysia: KBS Sedia 7 Lokasi Tayangan Skrin Besar Seluruh Negara
November 20, 2023 Hafizuddin Omar

Aksi Malaysia menentang Chinese Taipei di Stadium Perbandaran Taipei pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan D – Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 – akan dapat disaksikan menerusi tayangan skrin besar di tujuh buah lokasi seluruh negara.

Sepertimana perlawanan pertama melibatkan Malaysia dan Republik Kyrgyzstan baru-baru ini, tayangan skrin besar ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Antara lokasi tayangan skrin besar yang disediakan di seluruh negara adalah seperti berikut:

  • Putrajaya – Dataran Putrajaya, Presint 3
  • Selangor – Uptown Puchong Night Bazaar
  • Kuala Lumpur – Dataran Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak
  • Kedah – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  • Pulau Pinang – Kompleks Medan Selera Pauh Jaya, Bukit Mertajam
  • Kelantan – Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu
  • Sarawak – Rumah Panjang Sungai Buluh, Sadong Jaya, Samarahan

Untuk makluman, perlawanan melibatkan skuad berjulukan Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon dan pasukan yang menghuni ranking ke-152 dunia itu dijadualkan bermula pada jam 7 malam (waktu Malaysia), pada hari esok.

Bagi yang tidak dapat turun ke lokasi-lokasi berkenaan, anda boleh menyaksikannya secara langsung menerusi telefon pintar, televisyen serta pelbagai peranti peribadi di saluran Astro Arena Bola.

Sebagai perbandingan, ketika perlawanan Malaysia dan Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), KBS menyediakan 16 lokasi tayangan skrin besar di seluruh negara buat penyokong dan peminat Harimau Malaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @jbsnegara

Komen