Artikel

China Masters: Beregu No.1 Indonesia Sekat Tang Jie-Ee Wei Ke Pusingan 16

Gandingan campuran Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan China Masters 2023 selepas selesai bertarung di pusingan 32. 

Ini gara-gara pasangan yang menghuni ranking kesepuluh dunia ini tumpas di tangan beregu No.1 Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari di peringkat tersebut.

Perlawanan yang berlangsung di Gelanggang 1 itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei tumpas secara “straight set” menerusi skor 18-21 dan 18-21 dalam tempoh 40 minit.

Kekalahan itu sekaligus menghentikan langkah Tang Jie-Ee Wei dalam saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 ini.

Pada masa yang sama, keputusan ini malangnya menjadikan Tang Jie-Ee Wei tumpas buat kali ketiga berturut-turut di tangan Rinov-Pitha di pentas antarabangsa.

Dua pertemuan terdahulu yang berlangsung di Terbuka Australia dan Malaysia Masters pada Ogos dan Mei lalu turut berpihak kepada Rinov-Pitha.

Sementara itu, Rinov-Pitha yang melakar kemaraan ke pusingan 16 akan menantikan cabaran samada daripada beregu tuan rumah yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin atau beregu Chinese Taipei, Lee Jhe-huei dan Hsu Ya Ching.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023

komen