Ranking BWF: Juara Cabaran Antarabangsa Malaysia Lonjak 176 Anak Tangga
November 21, 2023 Hafizuddin Omar

Kejayaan Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin merangkul kejuaraan di Cabaran Antarabangsa Malaysia 2023 telah mencetuskan lonjakan yang besar terhadap kedudukan mereka dalam Ranking Dunia.

Menerusi kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, gandingan yang berusi tidak sampai sebulan ini merakamkan lonjakan sebanyak 176 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-172 dunia bagi minggu ini.

Sebagai rekod, kejuaraan sulung yang dirangkul Pang Ron-Su Yin pada Ahad lalu telah memberikan mereka tambahan sebanyak 4,000 mata.

Hasilnya, Pang Ron-Su Yin kini mengumpul 6,750 mata secara keseluruhan pada pada saat ini.

Sementara itu, tinjauan terhadap beregu campuran negara yang lain menyaksikan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei merekodkan peningkatan sebanyak satu anak tangga sekaligus meletakkan  mereka kembali di tangga kesembilan dunia.

Manakala gandingan Goh Soon Huat-Shvon Jemie Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See kekal serta tidak berubah di tangga ke-14, ke-21 dan ke-41 masing-masing sepertimana minggu lalu.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen