Kegembiraan pemain dan penyokong skuad bola sepak kebangsaan tidak terhenti setakat mengutip enam mata penuh daripada dua perlawanan awal Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Sekitar tiga jam selepas Malaysia melakar kemenangan 1-0 ke atas Chinese Taipei di Stadium Perbandaran Taipei, pemain dan penyokong Malaysia menerima tambahan khabar gembira dari rantau asia tengah apabila skuad bola sepak Republik Kyrgyzstan berjaya menumpaskan Oman.
Kyrgyzstan yang tumpas kepada Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Khamis lalu berhasil bangkit mencipta kemenangan yang cukup bermakna dengan keputusan 1-0 ke atas pasukan yang menghuni ranking ke-72 dunia di halamannya sendiri, tengah malam tadi.
Dalam perlawanan tersebut, jaringan tunggal daripada Odilijon Abdurakhmanov pada awal separuh masa kedua sudah memadai buat mereka membenam Oman sekaligus mengutip tiga mata pertama mereka daripada saingan Kumpulan D.
Perkembangan tersebut sekaligus membolehkan Malaysia bimbingan Kim Pan-gon yang mengumpul enam mata memimpin Kumpulan D dengan cukup selesa buat masa ini.
Sementara itu, tempat kedua dan ketiga pula diisi oleh Oman dan Kyrgyzstan yang mempunyai tiga mata masing-masing. Bagaimanapun, Oman mengisi tempat kedua selepas mempunyai perbezaan gol +2 manakala Kyrgyzstan pula 0.
🚨 FT | 🇰🇬 Kyrgyz Republic 1️⃣-0️⃣Oman 🇴🇲
Pressure makes diamonds. Kyrgyz Republic recover from an earlier defeat with a much-needed win over Oman!#AsianQualifiers pic.twitter.com/jhId8lBQo2
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) November 21, 2023
Di kedudukan terbawah adalah skuad bimbingan Gary White iaitu Chinese Taipei yang gagal mengutip sebarang mata selepas tumpas kedua-dua perlawanan awal peringkat Kumpulan D.
Kejayaan memimpin Kumpulan D buat ini pastinya memberikan motivasi serta keyakinan tambahan buat para pemain sebelum bertemu Oman pada aksi ketiga dan keempat Kumpulan D di tempat lawan dan laman sendiri pada 21 dan 26 Mac tahun hadapan kelak.
Untuk pengetahuan semua, kedua-dua perlawanan tersebut turut berlangsung semasa bulan Ramadan – bulan dimana umat Islam menjalani ibadah puasa selama sebulan.
Sebagai tambahan, hanya juara dan naib juara kumpulan sahaja akan layak ke Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 serta meraih slot automatik ke saingan Piala Asia 2027.
Carta Kedudukan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
* Selepas Hari Perlawanan 2
CHINESE TAIPEI 🇹🇼 0-1 🇲🇾 MALAYSIA
REPUBLIK KYRGYZ 🇰🇬 1-0 🇴🇲 OMAN#FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027 pic.twitter.com/vesPRZ8hbL— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 21, 2023
Featured Image: Кыргызский футбольный союз