Kemenangan tipis Malaysia ke atas Chinese Taipei yang tercipta di Stadium Perbandaran Taipei bukan sahaja membolehkan skuad negara mengumpul enam mata penuh daripada dua perlawanan awal Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Pada masa yang sama, ianya memberikan Malaysia tambahan 10.65 mata sekaligus menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan-gon mengumpul 1122.87 mata secara keseluruhan dalam Ranking Dunia oleh FIFA.
Menurut kiraan tidak rasmi oleh Footy Rankings, pengumpulan mata itu melonjakkan Malaysia ke tangga 129 dalam Ranking Dunia – meningkat sebanyak lapan anak tangga berbanding kedudukan rasmi pada ketika ini.
[FIFA Rankings update : #AsianQualifiers]
🇹🇼 Chinese Taipei 0-1 🇲🇾 MalaysiaPoints after match
🇹🇼 1023.93 (- 10.65)
🇲🇾 1122.87 (+ 10.65)Rankings after match
🇹🇼 155 (- 3)
🇲🇾 129 (+ 1)#WCQ #FIFARankings— Footy Rankings (@FootyRankings) November 21, 2023
Terdahulu, kiraan daripada akaun laman sosial tersebut berkongsikan Malaysia telah melompat ke tangga ke-130 dunia selepas berjaya bangkit daripada ketinggalan 1-3 dan mencipta kejutan menumpaskan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Hasil daripada kemenangan itu, Malaysia meraih tambahan 15.49 mata dan mengumpul 1112.21 mata secara keseluruhan. Pengumpulan mata itu memacu Malaysia ke tangga 130 dunia.
Dalam kalangan negara-negara di bawah naungan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pengumpulan 1122.87 mata itu meletakkan Malaysia selaku pasukan ke-23 asia.
Sementara itu, Chinese Taipei yang menanggung kekalahan di halaman sendiri pula merekodkan kehilangan sebanyak 10.65 mata dan mengumpul 1023.93 mata sekaligus terperosok ke tangga ke-155 dunia.
Kedudukan rasmi Malaysia serta negara-negara lain dalam Ranking Dunia akan diketahui pada kemaskini yang seterusnya oleh FIFA yang dijadualkan pada 30 November kelak.
Featured Image: Football Association of Malaysia