Kemenangan Berturut-Turut Malaysia Dapat ‘Tepukan’ Akaun Rasmi Piala Dunia FIFA
November 22, 2023 Hafizuddin Omar

Permulaan positif Malaysia yang mencatatkan dua kemenangan berturut-turut dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 mendapat tepukan tangan daripada akaun rasmi Piala Dunia FIFA.

Selang tiga minit selepas Malaysia mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Chinese Taipei di Stadium Perbandaran Taipei pada malam tadi, akaun media sosial X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) bertindak melakukan repost terhadap hantaran oleh akaun rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hantaran itu disusuli dengan kapsyen, “Back-to-back #WCQ wins for @FAM_Malaysia 👏

Ketika artikel ini ditulis, ianya meraih views sebanyak 663.2K disamping lebih 6,000 repost serta lebih 9,000 likes daripada pengguna platform media sosial milik Elon Musk terbabit.

Sebelum itu, akaun rasmi Piala Dunia FIFA tersebut turut membalas hantaran oleh FAM di ruangan komen dengan dua emoji tepukan tangan yang turut dilihat sebanyak lebih 68,000 views selain mendapat 501 repost serta lebih 1,500 likes.

Ketika perlawanan pertama menentang Kyrgyzstan tempoh hari, kejayaan Malaysia merakamkan kemenangan dramatik 4-3 juga telah mendapat perhatian akaun rasmi Piala Dunia FIFA.

Menerusi dua kemenangan berturut-turut ini, Malaysia bimbingan Kim Pan-gon berhasil menghuni tangga teratas dalam Kumpulan D sebelum saingan bersambung pada Mac 2024 kelak.

Kedudukan Malaysia ini turut dibantu oleh kemenangan 1-0 Republik Kyrgyzstan ke atas Oman di halamannya sendiri sekitar tengah malam tadi.

Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia akan berhadapan Oman di halaman sendiri (21 Mac) sebelum melayan kunjungan negara dari rantau asia barat itu di tempat sendiri (26 Mac) dimana kedua-dua berlangsung ketika bulan Ramadan.

Komen