Perjalanan beregu wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dalam saingan China Masters 2023 berakhir seawal pusingan 32.
Ianya selepas gandingan pemain berusia 23 dan 25 tahun masing-masing itu terpaksa akur tumpas di tangan beregu No.3 Korea, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong.
Pertembungan itu menyaksikan Na-eun dan Hye-jeong yang menghuni ranking kesebelas dunia berhasil menumbangkan Pearly-Thinaah menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-11, 15-21 dan 22-20.
LI-NING China Masters 2023
WD – R32
🇰🇷JEONG Na Eun🏅
21 15 22 🇰🇷KIM Hye Jeong🏅
🇲🇾TAN Pearly
11 21 20 🇲🇾THINAAH Muralitharan🕚 in 81 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 22, 2023
Aksi sengit melibatkan kedua-dua pasangan ini turut berlangsung menghampiri satu jam dan setengah sebelum menemui pemenangnya.
Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan ketiga melibatkan kedua-dua pasangan di atas di pentas antarabangsa selepas berentap di Malaysia Masters 2023 dan All England 2022.
Dua pertemuan lalu, tempoh permainannya juga sama seperti yang berlaku di China Masters sebentar tadi dimana kedua-duanya mengambil masa menghampiri satu jam dan setengah permainan.
Sementara itu, Na-eun dan Hye-jeong yang melakar kemaraan ke pusingan 16 Jelajah Dunia BWF Super 750 ini akan membuat perhitungan dengan wakil Jepun, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023