Perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia berhasil melangkah dengan mudah ke peringkat suku akhir China Masters 2023 – Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750.
Pemain kelahiran Alor Setar berusia 25 tahun melakar langkah itu dengan menumpaskan wakil tuan rumah yang berada di ranking ke-16 dunia, Lu Guang Zu secara “straight set” di pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia meraih kemenangan pada set pertama menerusi skor 21-10 sebelum mencetak kemenangan pada set kedua melalui skor 21-12 dalam tempoh 40 minit permainan.
Pada masa yang sama, keputusan tersebut menjadikan Zii Jia meraih empat kemenangan daripada lima pertarungan bertemu Guang Zu secara keseluruhan di pentas antarabangsa.
Pada perlawanan berikutnya, Zii Jia akan bertemu samada perseorangan No.1 Thailand merangkap juara Kejohanan Dunia BWF, Kunlavut Vitidsarn atau pemain Jepun yang menghuni ranking ke-13 dunia, Kenta Nishimoto di peringkat suku akhir.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia