Kempen jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di China Masters 2023 menemui titik noktahnya di peringkat suku akhir.
Ia berikutan pemain kelahiran Alor Setar, Kedah yang berusia 25 tahun ini tumpas kepada pemain No.2 Jepun, Kenta Nishimoto di peringkat tersebut, sebentar tadi.
Pertarungan yang berlangsung di Gelanggang 2, Shenzhen Bay Gymnasium itu menyaksikan Zii Jia tumpas kepada Nishimoto secara “straight set” menerusi skor 11-21 dan 12-21 dalam tempoh 40 minit permainan.
LI-NING China Masters 2023
MS – QF
21 21 🇯🇵Kenta NISHIMOTO🥇11 12 🇲🇾LEE Zii Jia
🕚 in 40 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 24, 2023
Keputusan itu sekaligus menghanguskan peluang Zii Jia untuk melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 ini.
Sebagai rekod, kekalahan pada hari ini menjadikan Zii Jia kini tumpas sebanyak tiga kali di tangan Nishimoto apabila berentap di pentas antarabangsa.
Bagaimanapun, Zii Jia masih mendahului rekod pertemuan menentang Nishimoto secara keseluruhan dengan enam kemenangan daripada sembilan pertemuan.
Pada masa yang sama, kekalahan Zii Jia pada hari ini turut menandakan berakhirnya penglibatan wakil Malaysia dalam China Masters 2023.
Sementara itu, Nishimoto yang menghuni ranking ke-13 dunia akan turun menentang samada pemain China, Zhao Jun Peng atau pemain Chinese Taipei, Lin Chun-Yi di peringkat separuh akhir.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia