Francesco Bagnaia Pertahan Kejuaraan MotoGP
November 27, 2023 β€’ Hafizuddin Omar

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia berjaya muncul juara bagi Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 setelah pesaing terdekatnya, Jorge Martin mengalami kemalangan dalam perlumbaan Valencia GP yang berlangsung di Litar Ricardo Tomo, semalam.

Kemalangan itu membuka peluang Bagnaia mengakhiri perlumbaan terakhir MotoGP bagi musim ini selaku pemenang dan membolehkannya bergelar juara bagi musim ini dengan kutipan 467 mata secara keseluruhan.

Pada masa yang sama, kejuaraan tersebut membolehkan pelumba yang turut terkenal dengan panggilan Pecco ini mempertahankan gelaran juara yang diraihnya pada Kejuaraan Dunia MotoGP 2022.Β 

Sementara itu, Martin yang tidak dapat manamatkan perlumbaan tersebut terpaksa akur dengan gelaran naib juara setelah mengumpul 428 mata.

Terdahulu, Martin dari pasukan Ducati-Pramac terbabit dalam kemalangan pada awal perlumbaan dengan pelumba Honda, Marc Marquez pada selekoh 4. Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua pelumba tersebut tidak dapat menamatkan perlumbaan.

Manakala tempat ketiga pada musim ini menjadi milik pelumba VR46, Marco Bezzecchi yang mengutip 329 mata.

Featured Image: Ducati Coarse

Komen