Final 1 Challenge Cup: Polis Bawa Bekal ‘Sedap’ Sebelum Ke Sarawak
November 29, 2023 Hafizuddin Omar

Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) membawa bekalan yang cukup selesa sebelum menghadapi Kuching City FC pada perlawanan akhir yang kedua Challenge Cup 2023.

Bekalan oleh skuad bimbingan Dato’ Yunus Alif itu hasil daripada memenangi perlawanan akhir pertama dengan keputusan 3-0 di lamannya sendiri, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

PDRM atau nama julukannya Sang Saka Biru mencetak kemenangan tersebut menerusi jaringan oleh Nabil Ahmad Latpi (53’), Uche Agba (69’) serta kapten, Amir Saiful Badeli (78’).

Sementara itu, Kuching City bimbingan Aidil Sharin Sahak tidak mempunyai jawapan balas terhadap jaringan-jaringan tersebut. 

Sehubungan itu, skuad berjulukan The Cats terpaksa akur menamatkan perlawanan ini tanpa mengutip sebanrang gol untuk dijadikan kelebihan pada perlawanan akhir kedua kelak.

Untuk makluman semua, perlawanan akhir kedua Challenge Cup akan berlangsung pada 3hb Disember (Ahad) di Stadium Negeri, Sarawak – laman rasmi Kuching City.

Sebagai tambahan, sepak mula perlawanan untuk merebut trofi kejuaraan tersebut dijadualkan pada jam 8.15 malam.

Featured Image: Facebook PDRM Football Club

Komen