Syed Modi 2023: Pang Ron-Su Yin Meruskan Langkah Ke Suku Akhir
November 30, 2023 Hafizuddin Omar

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin meneruskan rentak kemenangan pada hari ini selepas mengejutkan pilihan pertama Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi India 2023, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito pada pusingan 32, semalam.

Pasangan lawannya dari negara matahari terbit yang menghuni ranking ke-13 dunia itu tumpas di tangan Pang Ron-Su Yin secara “straight set” menerusi pungutan mata 11-21 dan 13-25.

Ketika turun menentang beregu tuan rumah yang menghuni ranking ke-266, Nitin Kumar dan Navdha Manglam sebentar tadi, Pang Ron-Su Yin mudah menumpaskan mereka secara “straight set” menerusi skor 21-13 dan 21-13 dalam tempoh masa 27 minit sahaja.

Kemenangan tersebut memacu pasangan yang menduduki ranking ke-175 ini terus ke peringkat suku akhir bagi Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300.

Pada peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung esok, Pang Ron-Su Yin akan bertemu beregu Chinese Taipei yang merupakan pasangan No.34 dunia, Chang Ko-chi dan Lee Chih Chen.

Untuk makluman, beregu ini melakar kemaraan ke suku akhir selepas mengejutkan pilihan kelapan kejohanan dari England, Marcus Ellis dan Lauren Smith menerusi tiga set permainan yang berlangsung sengit sehingga memakan masa satu jam menerusi skor 13-21, 21-14 dan 21-19.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen