Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir zon ASEAN bagi saingan Piala AFC 2023-24 setelah mencatatkan kemenangan besar ke atas Hougang United FC pada malam ini.
Kemenangan 4-1 yang dicetak skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee membolehkan mereka mengumpul 12 mata daripada 5 perlawanan sekaligus menobatkan mereka juara Kumpulan H biarpun berbaki satu lagi perlawanan.
Dalam perlawanan tersebut, kemenangan Sabah atau nama julukannya Sang Badak disumbangkan menerusi jaringan Darren Lok dan Ramon Machado pada minit 45’ dan 50’ masing-masing.
Pada masa yang sama, Sabah turut mendapat menerusi pemain lawan yang menjaringkan gol sendiri iaitu Naoki Kuriyama serta Anders Aplin pada minit 16’ dan 77’ masing-masing.
⭐️ QUALIFIED ⭐️
🇲🇾 Sabah FC are through to the ASEAN Zonal Semi-Finals as Group H winners 🥳#AFCCup pic.twitter.com/ZZLkrTvi2G
— #AFCCup (@AFCCup) November 30, 2023
Manakala Hougang United kendalian Marko Kraljevic yang beraksi di tempat sendiri sempat menjaringkan gol saguhati melalui Qabriel Kuak pada minit 90’+1 yang membuatkan Khairul Fahmi Che Mat terlepas peluang untuk meraih “clean sheet”.
Untuk makluman, kejayaan Sabah mengesahkan tempat ke peringkat separuh dengan lebih awal ini turut dibantu oleh keputusan seri 1-1 melibatkan satu lagi perlawanan dalam Kumpulan H antara PSM Makassar dan Hai Phong FC, sebentar tadi.
Keputusan itu membuatkan PSM dan Hai Phong mengumpul tujuh mata masing-masing dimana jumlah pungutan mata itu sudah tidak dapat memintas Sabah biarpun merekodkan kemenangan dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan H kelak.
Bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan, Sabah akan melayan kunjungan PSM Makassar di Stadium Likas pada tarikh 14 Disember dengan sepak mula pada jam 8 malam.
⏰ FT | 🇸🇬 Hougang United 1️⃣-4️⃣ Sabah FC 🇲🇾
Sabah FC book their place in the ASEAN Zonal Semi-finals thanks to a commanding victory 🤩#AFCCup | #HOUvSAB pic.twitter.com/lkJMhLcWsK
— #AFCCup (@AFCCup) November 30, 2023
Featured Image: AFC