Selangor Disenaraikan Sebagai Tuan Rumah BATC 2024
December 1, 2023 Hafizuddin Omar

Selangor sekali lagi dipilih untuk menganjurkan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) pada tahun hadapan selepas menganjurkannya edisi lalu pada tahun 2022.

Ini selepas laman sesawang BWF Corporate menyenaraikan Selangor sebagai venue bagi kejohanan yang akan berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari 2024.

Satu hantaran di platform media sosial X oleh Setiausaha Agung Badminton Asia (BA), Datuk Kenny Goh Chee Keong turut mengesahkan perkembangan tersebut.

BWF beat Badminton Asia into making the announcement on the host of BATC 2024.” tulisnya.

Edisi BATC yang lalu menyaksikan ianya dilangsungkan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di Setia Alam dari 15hb hingga 20hb Februari 2022.

Kejohanan itu turut menyaksikan pasukan lelaki Malaysia yang berhasil merangkul gelaran juara manakala pasukan wanita negara pula mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Untuk makluman semua, BATC turut berperanan sebagai pentas kelayakan ke saingan Piala Thomas dan Piala Uber 2024.

Sebagai tambahan, saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada tahun hadapan dijadualkan berlangsung dari 28hb April hingga 5hb Mei di Chengdu, China.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen