Artikel

Arab Saudi Dipilih Tuan Rumah Peringkat Akhir ACL Elite Musim 2024-25 & 2025-26

Selepas dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Kelab FIFA 2023, Piala Asia AFC 2027 dan kemungkinan besar Piala Dunia FIFA 2023, Arab Saudi mengukuhkan lagi namanya selaku penganjur kejohanan bola sepak berprestij apabila dipilih sebagai hos peringkat akhir (final stage) Liga Juara-Juara AFC Elit (ACL Elite).

Sebagaimana ramai ketahui, ACL Elite merupakan pertandingan yang dijenamakan daripada saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL). Ianya akan ditandingin 24 buah kelab terbaik asia sahaja disamping mengguna pakai format baharu iaitu “swiss-system” persis yang akan digunakan dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2024.

Selain itu, juara pula akan meraih wang ganjaran sebanyak AS$12 juta manakala naib juara akan membawa pulang AS$6 juta – tiga kali ganda berbanding yang diraih oleh juara dan naib juara edisi sebelumnya.

Saingan peringkat akhir ACL Elite akan ditandingi oleh lapan buah pasukan terbaik daripada peringkat kumpulan yang melibatkan perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir secara “single-leg ties” di Arab Saudi.

Dimaklumkan, Arab Saudi dipilih sebagai tuan rumah selama dua musim berturut-turut iaitu musim 2024-25 dan 2025-26 merangkap musim pertama dan kedua ACL dijenamakan sebagai ACL Elite.

Pada masa yang sama, Arab Saudi turut dipilih sebagai hak penganjuran untuk tiga musim berikutnya iaitu dari musim 2026-27 hingga 2028-29 namun bergantung kepada semakan oleh AFC berdasarkan prestasi Arab Saudi pada musim pertamanya.

Sebagai tambahan, AFC memaklumkan hanya dua negara sahaja yang menghantar Pelawaan Tunjuk Minat (EOI) bagi menjadi tuan rumah peringkat akhir ACL Elite iaitu Arab Saudi dan Iraq sebelum tarikh akhir – 15 Oktober 2023.

Namun begitu, Arab Saudi dipilih sebagai tuan rumah selepas AFC menilai infrastruktur dan penginapan termasuk segala aspek operasi penting yang diperlukan untuk menganjurkan kejohanan ini yang sesuai dengan prestij dan statusnya.

Featured Image: AFC

komen