Beregu lelaki negara yang menghuni ranking ke-93 dunia, Muhammad Haikal Nazri dan Choong Hon Jian muncul juara di Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi India 2023.
Kejayaan itu tercipta selepas gandingan pemain berusia 20 dan 23 tahun masing-masing ini mengejutkan beregu lelaki No.2 dari negara matahari terbit, Akira Koga dan Taichi Saito dalam perlawanan akhir, malam tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Haikal-Hon Jian berhasil menumpaskan Koga-Saito menerusi tiga set permainan yang menjangkau lebih satu jam lamanya menerusi skor 18-21, 21-18 dan 21-16.
Syed Modi India International 2023
MD – Final
🇲🇾CHOONG Hon Jian🏅
18 21 21 🇲🇾HAIKAL Muhammad🏅
🇯🇵Akira KOGA
21 18 16 🇯🇵Taichi SAITO🕚 in 63 minutes
— BWFScore (@BWFScore) December 3, 2023
Bertambah mengagumkan, kemenangan Haikal-Hon Jian ke atas Koga-Saito yang berada dalam kelompok 20 beregu lelaki terbaik dunia ini tercipta pada pertemuan sulung mereka di sebarang kejohanan antarabangsa.
Kemenangan itu sekaligus membolehkannya merangkul kejuaraan sulung apatah lagi ianya salah satu siri Jelajah Dunia BWF yang bertaraf Super 300 sejak digandingkan bermula penghujung Ogos lalu.
Susulan muncul juara di kejohanan ini, Haikal-Hon Jian meraih wang ganjaran sebanyak AS$16,590 atau bersamaan kira-kira RM77,525 serta 7,000 mata untuk dimasukkan dalam pelbagai pengiraan ranking oleh BWF.
Untuk makluman, pungutan mata tersebut dijangka melonjakkan kedudukan Haikal-Hon Jian ke dalam kelompok 70 terbaik dunia pada Selasa nanti.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik mereka sebelum ini adalah muncul naib juara dalam saingan Indonesia Masters II – Jelajah BWF Super 100 yang berlangsung penghujung Oktober lalu.
View this post on Instagram
Featured Image: Badminton Association of Malaysia