Pasangan yang bergandingan sejak awal November lalu, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin terus melakarkan peningkatan dalam Ranking Dunia pada minggu ini.
Biarpun tersingkir pada peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi 2023 pada minggu lalu, kemaraan Pang Ron-Su Yin ke peringkat tersebut telah mencetuskan peningkatan sebanyak 63 anak tangga.
Berdasarkan kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, peningkatan itu membolehkan Pang Ron-Su Yin menempatkan diri mereka di tangga ke-112 dunia.
Untuk makluman, peningkatan tersebut dicetuskan oleh tambahan 4,900 hasil kemaraan mereka ke separuh akhir di kejohanan tersebut – Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300.
Sebagai rekod, ketika BWF melakukan kemaskininya pada minggu lalu, Pang Ron-Su Yin merekodkan lonjakan mega sebanyak 176 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-172 dunia setelah merangkul kejuaraan di Cabaran Antarabangsa Malaysia 2023.
Sebagai tambahan, Pang Ron-Su Yin akan turun beraksi dalam kejohanan Guwahati Masters 2023 pada minggu ini.
Kejohanan Jelajah BWF bertaraf Super 100 ini boleh dijadikan platform buat Pang Ron-Su Yin untuk lebih mata untuk ditambah dalam pengiraan Ranking Dunia-nya sekiranya mara dengan lebih jauh.
Sementara itu, kemaskini BWF pada hari memperlihatkan tiada sebarang perubahan melibatkan kedudukan beregu campuran utama negara seperti Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, Goh Soon Huat dan Shevon Jemi Lai, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing serta Chan Peng Soon dan Cheah Yee See.
Keempat-empat beregu itu kekal di tangga kesembilan, ke-14, ke-21 dan ke-41 masing-masing dalam Ranking Dunia.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia