Beregu campuran negara yang sedang meningkat naik, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin akan menghadapi pasangan No.1 Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Jessica Tan Wei Han pada pusingan 16 dalam saingan Guwahati Masters 2023 di India.
Pang Ron-Su Yin yang mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi pada minggu lalu terpaksa berhadapan pasangan yang berada dalam kelompok 30 terbaik dunia itu setelah melakar kemenangan pada peringkat pusingan 32, hari ini.
Dalam perlawanan itu tadi, Pang Ron-Su Yin, ranking ke-112, mudah mengatasi wakil tuan rumah, Tarun Kona dan Sri Krishna Priya Kudaravalli yang berada di ranking ke-181 secara “straight set” menerusi skor 21-6 dan 21-8 dalam tempoh tidak sampai 20 minit.
YONEX-SUNRISE Guwahati Masters 2023
XD – R32
🇲🇾HOO Pang Ron🏅
21 21 🇲🇾CHENG Su Yin🏅
🇮🇳KONA Tarun
6 8 🇮🇳Sri Krishna Priya KUDARAVALLI🕚 in 19 minutes
— BWFScore (@BWFScore) December 6, 2023
Sementara itu, gandingan Terry-Jessica pula melangkah ke peringkat yang sama selepas menundukkan beregu India, Rohan Kapoor dan Ashwini Ponnappa juga secara “straight set” menerusi skor 21-12 dan 21-14 dalam tempoh 29 minit.
Pang Ron-Su Yin dan Terry-Jessica dijadualkan berentap pada hari esok untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir bagi kejohanan Jelajah BWF bertaraf Super 100 ini.
Jurang ranking antara kedua-dua pasangan ini ternyata sangat besar namun kemampuan Pang Ron-Su Yin telah terbukti mampu menumpaskan gandingan yang lebih handal daripadanya apabila mencipta kejutan menumpaskan beregu Jepun yang menghuni ranking ke-13 dunia, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito pada minggu lalu.
YONEX-SUNRISE Guwahati Masters 2023
XD – R32
🇲🇾CHAN Peng Soon🏅
21 21 🇲🇾CHEAH Yee See🏅
🇮🇳Bharathsanjai S
16 15 🇮🇳Rashmi GANESH🕚 in 31 minutes
— BWFScore (@BWFScore) December 6, 2023
Turut mengiringi Pang Ron-Su Yin ke pusingan 16 di kejohanan ini adalah Chan Peng Soon dan Cheah Yee See merangkap pilihan kelapan kejohanan.
Pasangan yang menghuni ranking ke-41 dunia ini mara setelah berjaya mengalahkan beregu India, Bharathsanjai dan Rashmi Ganesh secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 21-15 dalam tempoh 31 minit.
Pada pusingan 16 kelak, Peng Soon-Yee See akan turun menentang wakil Chinese Taipei yang berada di ranking ke-532 dunia, Lin Bing-Wei dan Wang Sze-min – gandingan yang mengalahkan sepasang lagi beregu negara, Lim Tze Jian dan Desiree Siow pada pusingan 32.
Tidak ketinggalan, gandingan Choong Hon Jian dan Go Pei Kee yang menghuni ranking 54 dunia turut sama melangkah ke pusingan 16 apabila mencatatkan kemenangan ke atas beregu India, Manjit Singh dan Anagha Aravinda secara “straight set” menerusi skor 21-7 dan 21-13 dalam tempoh 24 minit.
Kemaraan Hon Jian-Pei Kee ke pusingan 16 menemukan mereka dengan sepasang lagi beregu India, Reddy B. Sumeeth dan Reddy Sikki yang menghuni ranking ke-237 dunia.
YONEX-SUNRISE Guwahati Masters 2023
XD – R32
🇲🇾CHOONG Hon Jian🏅
21 21 🇲🇾GO Pei Kee🏅
🇮🇳Manjit Singh KHWAIRAKPAM
7 13 🇮🇳Anagha Aravinda PAI🕚 in 24 minutes
— BWFScore (@BWFScore) December 6, 2023
Featured Image: Badminton Association of Malaysia