Kesemua rakyat Negeri Johor akan dapat menikmati hari cuti pada 17 Disember (Ahad) kelak susulan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2023, semalam.
Perkembangan ini disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani menerusi satu kenyataan akhbar yang disiarkan pada petang tadi.
“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Johor dan Jajahan Taklu Johor Darul Ta’zim, dengan ini Kerajaan Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 17 Disember 2023, sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor.” katanya.
It’s official — A Perfect 10!
A record-breaking unprecedented 10th Malaysia Super League title in row!
Johor Darul Ta’zim FC, 2023 Malaysia Super League Champions 🏆 #ADecadeOfDominance#Perfect10#HistoryMakers#10ConsecutiveLeagueTitles#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/nudo69nxqC
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 27, 2023
Difahamkan, selain untuk meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia, pemberian cuti ini merupakan penghargaan daripada Kerajaan Negeri kepada pihak yang terlibat dan rakyat Negeri Johor yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada JDT yang telah melakar sejarahnya tersendiri.
Seperti kita semua maklum, JDT telah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kesepuluh berturut-turut ketika saingan masih berbaki 4 perlawanan lagi pada penghujung September lalu.
Kejuaraan tersebut sekaligus menjadikan JDT merekodkan dominasi dalam kancah bola sepak negara selama sedekad – sejak julung kalinya muncul juara pada tahun 2014.
Sehubungan itu, satu sambutan meriah akan diadakan pada 16 Disember (Sabtu) kelak, jam 8.30 malam, bagi meraikan peristiwa bersejarah tersebut di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, selepas perlawanan menentang Penang FC.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers