Skuad hoki lelaki Malaysia berhasil mengatasi cabaran dari Mesir bagi memburu tempat ke-9 hingga ke-12 dalam saingan Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 – selepas dinafikan peluang ke peringkat suku akhir oleh Australia pada Jumaat lalu.
Ketika turun menentang Mesir dalam perlawanan klasifikasi tempat ke-9 hingga ke-16 di Stadium Hoki Nasional pada pagi tadi, skuad kendalian Amin Rahim berhasil mencetak kemenangan dengan keputusan 4-1.
Sepatutnya, Malaysia berpeluang untuk mencatatkan kemenangan dengan skor yang lebih besar namun skuad berjulukan Young Tigers mensia-siakan sejumlah 16 pukulan sudut penalti yang diberikan dengan menjaringkan tiga gol sahaja menerusi situasi tersebut.
FIH Hockey Men’s Junior World Cup 2023 Kuala Lumpur, Malaysia
Full Time Results (9th – 16th Place)
Malaysia 4-1 Egypt
8′ FG Harris Iskandar Osman
16′ PC Faris Harizan
44′ PC Danish Aiman Khairil Anuar
50′ PC Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar
59′ FG Basel Abdelmonem pic.twitter.com/9yDADifUY3— MHC (@hockeymalaysia) December 11, 2023
Tiga jaringan terbabit disumbangkan oleh Faris Harizan, Danish Aiman Khairil Anuar dan Che Nur Aqilrullah pada minit ke-16, ke-44 dan ke-50 masing-masing. Manakala, satu lagi gol dihasilkan oleh Harris Iskandar menerusi jaringan padang.
Sementara itu, gol tunggal Mesir pula dihasilkan oleh Basel Abdelmonem pada minit ke-59 juga menerusia jaringan padang.
Susulan kemenangan ini, Malaysia dapat meneruskan kemaraan ke pusingan “crossover” bertemu Belgium untuk menempah tiket samada ke penentuan tempat ke-9 dan ke-10 atau penentuan tempat ke-11 dan ke-12.
Terdahulu, Belgium mengesahkan kemaraan ke pusingan “crossover” selepas membantai Kanada tanpa belas kasihan dengan skor akhir 12-0, sebentar tadi.
Featured Image: Malaysian Hockey Cenfederation