Jualan Kasar Makanan & Minuman Di Stadium Darul Aman – Sekitar RM200K
December 13, 2023 Hafizuddin Omar

Penjualan makanan dan minuman pada hari perlawanan di stadium merupakan salah satu sumber pendapatan yang dapat membantu mengkuhkan tahap kewangan buat sesebuah kelab bola sepak.

Salah satu kelab Liga Super, Kedah Darul Aman FC (Kedah) menerusi perkongsian di pelbagai platform media sosialnya mendedahkan merekodkan jualan kasar sekitar RM200,000 melibatkan penjualan makanan dan minuman di Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk 16 hari perlawanan sepanjang musim 2023.

Kutipan kasar itu adalah hasil jualan menerusi cabang perniagaan makanan dan minuman miliknya iaitu KDAlicious bersama-sama Syukor Burger dan E-man yang juga merupakan Rakan Rasmi F&B dan vendornya.

Tambah pihak kelab lagi, Syukor Burger dikatakan pernah membuat jualan mencecah 3,500 set burger serta minuman daripada semua vendor sekitar 10,000 cawan dalam perlawanan tumpuan.

Sebagai perbandingan, kehadiran penyokong serta penonton tertinggi pada musim ini ke Stadium Darul Aman adalah seramai 20,933 orang ketika melayan kunjungan Terengganu FC dalam saingan kedua Liga Super.

Sementara itu, kapasiti maksimum Stadium Darul Aman pula adalah sebanyak 24,644 tempat duduk.

Difahamkan, keuntungan bersih daripada jumlah jualan kasar sekitar RM200,000 itu adalah sekitar 20% hingga 30% daripada nilai keseluruhan tersebut. Kedah dan Rakan Rasmi F&B-nya berkongsikan keuntungan tersebut berdasarkan perkongsian keuntungan yang telah disepakati.

Untuk makluman semua, pasukan yang dimiliki oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar memulakan dasar dan asas perniagaan melalui pengaktifan ruang komersil di bawah kawalannya bermula musim ini.

Selain penjualan makanan dan minuman menerusi vendornya, skuad berjulukan Sang Kenari ini turut melakukan jualan cenderamata (merchandise) Sang Kenari Store menerusi pop-up booth (semasa perlawanan bukan tumpuan) serta penganjuran Karnival Sang Kenari (semasa perlawanan tumpuan) di perkarangan Stadium Darul Aman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kedah Darul Aman Football Club (@kedahdarulamanfc)

Komen