Piala Dunia Hoki Remaja: Malaysia Gagal Ke Penentuan Tempat 9-10
December 13, 2023 Hafizuddin Omar

Skuad hoki Malaysia terpaksa melupakan hasrat untuk merebut tempat kesembilan dan kesepuluh dalam kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023.

Ini berikutan skuad negara berjulukan Young Tigers terpaksa akur tumpas di tangan Belgium ketika turun berentap pada peringkat klasifikasi kesembilan hingga ke-12 di Stadium Hoki Nasional, hari ini.

Lebih pahit, Malaysia tewas 3-5 menerusi penentuan penalti shoot-out selepas terikat 2-2 dalam masa sebenar perlawanan.

Jaringan oleh Malaysia dalam masa sebenar perlawanan disumbangkan oleh Muhammad Adam (37’) dan Mohammad Haris Iskandar (51’).

Sementara itu Belgium pula mendapat dua jaringannya menerusi Max Luyten (28’) dan Lugo Labouchere (36’).

Susulan kekalahan ini, Malaysia akan meneruskan kempen Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 ke penentuan klasifikasi tempat kesebelas dan ke-12.

Featured Image: Malaysian Hockey Confederation

Komen