Mundial de Clubes FIFA Nama Rasmi Baharu Bagi Piala Dunia Kelab 2025
December 19, 2023 Hafizuddin Omar

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan Mundial de Clubes FIFA menjadi nama rasmi kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA 2025 – edisi pertama yang akan dilangsungkan setiap empat tahun sekali, disertai 32 buah kelab dari seluruh dunia.

Badan induk bola sepak dunia itu juga turut mengesahkan tarikh kejohanan yang akan berlangsung di Amerika Syarikat terbabit akan bermula dari 15 Jun hingga 13 Julai 2025 – selari dengan kalendar perlawanan antarabangsa FIFA pada ketika itu.

Selain itu, ianya akan disertai kelab-kelab melibatkan kesemua enam konfederasi bola sepak dimana pecahannya adalah seperti berikut; UEFA (12), CONMEBOL (1), CAF (4), CONCACAF (4), AFC (4) dan sebuah kelab dari negara tuan rumah.

Butiran-butiran tersebut diumumkan oleh FIFA selepas mengadakan mesyuarat Ahli Majlis FIFA Kali Ke-26 bertempat di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad lalu beriringan berlangsungnya perlawanan Piala Dunia Kelab 2023.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIFA (@fifa)

Pada masa yang sama, FIFA turut mengesahkan format perlawanan bagi kejohanan itu dimana ianya menyerupai fomat Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar.

Sebanyak 32 kelab yang bertanding akan dibahagikan kepada lapan buah kumpulan – setiap kumpulan akan disertai empat buah kelab.

Saingan peringkat kumpulan akan dilangsungkan secara liga sepusingan (single round-robin) dan dua kelab yang muncul juara dan naib juara kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati – bermula pusingan 16 sehingga ke perlawanan akhir.

Sedikit perbezaan dengan kejohanan Piala Dunia 2022, perlawanan penentuan bagi tempat ketiga dan keempat tidak akan dilangsungkan.

Selain itu, mesyuarat yang sama turut mencapai keputusan untuk menamakan kejohanan tahunan antara kelab FIFA bermula tahun 2024 sebagai Coupe Intercontinentale de la FIFA.

Featured Image: FIFA

Komen