Arif Aiman Lanjut Kontrak Bersama Kelab ‘Double Quadruple’
December 19, 2023 Hafizuddin Omar

Pemain Paling Bernilai (MVP) selama dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2021 dan 2022, Arif Aiman Hanapi akan terus menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi tempoh masa yang lebih panjang.

Perkembangan ini hadir selepas pemain berusia 21 tahun terbabit bersetuju menandatangani kontrak lanjutan bersama JDT yang baru sahaja mengesahkan gelaran ‘double quadruple’ setelah menyapu bersih keempat trofi utama kejohanan bola sepak tanah air, pada hari ini.

JDT yang dimiliki DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertindak pantas menawarkan lanjutan itu setelah Arif menampilkan prestasi yang cemerlang musim ini dengan merekodkan 24 gol serta mencipta 19 bantuan jaringan (assist).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Arif Aiman Hanapi telah melanjutkan kontrak selepas musim 2023 yang mengagumkan di mana pemain muda itu menjaringkan 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan.” tulis kenyataan kelab.

Bagaimanapun, pihak kelab tidak berkongsikan perincian mengenai kontrak berkenaan termasuk tempoh lanjutan yang ditawarkan kepada Arif.

Sudah pasti khidmat Arif sangat diperlukan oleh JDT dalam usahanya untuk terus mendominasi kancah bola sepak tempat termasuk memberi saingan dalam kejohanan Liga Juara-Juara Elit AFC (ACL Elite) 2024-25 kelak.

Arif boleh disimpulkan sebagai antara produk Akademi JDT yang paling berjaya setakat ini.

Sejak menyertai Akademi JDT pada tahun 2018, Arif tidak mengambil masa yang lama untuk meraih promosi ke skuad JDT IV, JDT III, JDT II sebelum berjaya melakukan debut bersama skuad senior sekitar Mac 2020.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen