Diogo Akhiri Karier Bola Sepak Pada Usia 36 Tahun Bersama JDT
December 21, 2023 Hafizuddin Omar

Penyerang kelahiran Brazil, Diogo Luis Santo yang merangkul tiga gelaran Liga Super serta satu Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih masing-masing mengakhiri kariernya pemain bola sepak profesional bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengumuman mengejutkan mengenai persaraannya pada usia 36 tahun itu dibuat menerusi hantaran di akaun Instagram peribadinya, semalam.

Diogo mengakui kesukaran untuk mengucapkan selamat tinggal terhadap bola sepak dan mengambil sedikit masa untuk mengungkapkan dengan kata-kata yang tepat bagi menggambarkan pelbagai emosi yang sedang dilaluinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diogo Luis Santo (@diogoluis_santo)

Sepanjang dua tempoh yang berbeza bersama JDT, Diogo telah merekodkan sebanyak 51 penampilan disamping menjaringkan 25 gol dan mencipta 17 bantuan gol dalam pelbagai pertandingan domestik mahupun antarabangsa.

Ketika musim musim pertamanya dalam kancah Liga Super 2019, Diogo tidak menunggu lama untuk membuktikan ketajamannya di hadapan gawang apabila merekodkan 12 jaringan – penjaring kedua terbanyak selepas Kpah Sherman yang beraksi bersama PKNS FC.

Tempoh pertamanya bersama JDT bertahan sehingga Sebagai penghujung tahun 2020 sebelum menandatangani kontrak untuk kembali semua ke pangkuan skuad berjulukan Harimau Selatan bermula pada awal Januari lalu.

Dalam hantaran itu, Diogo turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kelab-kelab yang pernah disertainya seperti Pequeninos do Jockey, Portuguesa de Desportos, Santos FC, Palmeiras (Brazil), Olympiacos (Greece) dan BG Pathum United (Thailand).

Featured Image: Malaysian Football League

Komen