Artikel

Ranking FIFA: Harimau Malaya Kekal Di Tangga Ke-130 Sebelum Ke Piala Asia

Kedudukan skuad bola sepak senior kebangsaan atau nama julukannya kekal tidak mengalami sebarang perubahan sepertimana kemaskini pada 30 November lalu.

Kemaskini oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada hari ini, ianya memaparkan Malaysia berada pada kedudukan ke-130 dunia. 

Kedudukan tersebut dihuni oleh Malaysia kendalian Kim Pan-gon dengan kutipan mata 1122.87 mata secara keseluruhan.

Tinjauan terhadap pasukan-pasukan lain turut sama tidak menampakkan sebarang perubahan kecuali melibatkan beberapa buah pasukan seperti Colombia, Venezuela, Ivory Coast, Mexico, Puerto Rico, Andorra, Macau, New Caledonia, Tahiti, Fiji, Vanuatu dan Samoa.

Ini memandangkan tiada sebarang kalendar perlawanan antarabangsa FIFA pada bulan ini.

Dijangka perubahan besar terhadap kedudukan setiap negara terutamanya daripada konfederasi bola sepak asia (AFC) dan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) akan berlaku pada kemaskini yang berikutnya.

Ini berikutan berlangsung kejohanan benua iaitu Piala Asia 2023 dan Piala Negara-Negara Afrika 2023 pada Januari dan Februari kelak.

Sebagai tambahan, kemaskini ranking dunia oleh FIFA yang seterusnya adalah pada 15 Februari 2024.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen