Stadium Shah Alam Bakal Dirobohkan, Baru Dapat Kebenaran MBSA
December 26, 2023 Hafizuddin Omar

Projek pembinaan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang turut menempatkan Stadium Shah Alam akan bermula tidak lama lagi.

Ini selepas Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari mengesahkan mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memulakan projek terbabit.

“Baru dapat kebenaran MBSA semalam (Jumaat),” kongsinya menerusi akaun media sosial X peribadinya pada Sabtu lalu.

Susulan kebenaran yang diberikan itu, projek terbabit akan bermula dengan perobohan Stadium Shah Alam sedia ada yang berkapasiti sekitar 80,000 tempat duduk serta kawasan sekelilingnya.

Sebelum ini, Amirudin menjangkakan Stadium Shah Alam yang merupakan gelanggang rasmi Selangor FC sejak sekian lama itu akan dirobohkan pada bulan Oktober atau awal November tahun ini serta dijangka siap pada tahun 2026.

Apabila siap kelak, Stadium Shah Alam yang baharu itu dikatakan akan mempunyai kapasiti sekitar 40,000 tempat duduk, sistem penyejukan tempat duduk, “retractable pitch” serta bumbung lutsinar ETFE. 

Featured Image: Football Malaysia LLP

Komen