Artikel

JDT Lepaskan Beberapa Pemain, Staf – Kurangkan Belanja Sehingga 40%

Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melakukan satu transformasi dan menampilkan skuad yang sedikit berbeza untuk mengharungi saingan bola sepak musim 2024-25 kelak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards, transformasi itu bakal memperlihatkan skuad berjulukan Harimau Selatan melepaskan beberapa pemain sedia ada serta staf teknikalnya dalam tempoh terdekat ini.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Alistair berkata langkah itu diambil dimana mereka perlu membuat penstrukturan kewangan.

Kelab telah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30-40% untuk membolehkan proses tersebut.”

“Kami tidak akan membelanjakan wang. Kami akan mengurangkan perbelanjaan kami.” katanya seperti dipetik daripada kenyataan rasmi yang disiarkan JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Langkah penstrukturan kewangan ini hadir selepas JDT membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk mengadakan pelbagai infrastruktur melibatkan sukan ini dalam tempoh enam hingga tujuh tahun yang lepas.

Difahamkan, langkah ini dibuat bagi memastikan kelangsungan jangka masa panjang JDT itu sendiri.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen