Korea Panggil 12 Pemain Di Eropah Untuk Hadapi Piala Asia 2023
December 28, 2023 โ€ข Hafizuddin Omar

Seramai 12 pemain yang beraksi dalam kancah bola sepak di eropah dipanggil untuk memperkuatkan skuad Republik Korea bagi menghadapi Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari kelak.

Bukan itu sahaja, beberapa pemain berstatus bintang turut sama dipanggil berdasarkan senarai 26 pemain yang dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) pada hari ini seperti Son Heung-min (Tottenham Hotspur, England), Kim Min-jae (Bayern Munich, Jerman), Lee Kang-in (Paris Saint-Germain, Perancis) dan Hwang Hee-chan (Wolverhampton Wanderers, England).

Antara pemain yang beraksi di eropah yang turut tersenarai untuk menguatkan skuad bimbingan Jurgen Klinsmann ini ialah Kim Ji-soo (Brentford, England), Yang Hyun-jun (Celtic, Scotland), Lee Jae-sung (Mainz 05, Jerman), Jeong Woo-yeong (VfB Stuttgart, Jerman) dan Hong Hyun-seok (KAA Gent, Belgium).

Senarai itu dituruti dengan Hwang In-beom (FK Crvena Zvevda, Serbia), Oh Hyeon-gyu (Celtic, Scotland) dan Cho Gue-sung (Midtjylland, Denmark).

Selebihnya, 14 pemain lagi terdiri daripada pemain-pemain yang beraksi dalam kancah bola sepak domestiknya selain liga-liga besar dalam benua asia.

Pemain-pemain daripada kancah bola sepak domestiknya terdiri daripada Jo Hyeun-woo, Kim Young-gwon, Kim Tae-hwan (Ulsan HD), Kim Jin-su, Moon Seon-min, Park Jin-seob (Jeonbuk Hyundai), Kim Ju-sung (FC Seoul) dan Lee Soon-min (Gwangju FC).

Sementara itu, baki tifa pemain lagi ialah Kim Seung-gyu (Al Shabab, Arab Saudi), Song Bum-keun (Shonan Bellmare, Jepun) dan Park Yong-woo (Al Ain, Emiriah Arab Bersatu).

Korea yang merupakan sekumpulan dengan Malaysia bimbingan Kim Pan-gon dalam Kumpulan E akan memulakan kempen Piala Asia bertemu Bahrain pada 15 Januari diikuti dengan Jordan pada 20 Januari.

Akhir sekali, Korea akan turun berentap Malaysia dalam perlawanan terakhir Kumpulan E pada 25 Januari.

Featured Image: Facebook Kim Min-jae

Komen