Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjuarai keempat-empat trofi utama dalam saingan Liga Malaysia selama dua musim berturut-turut tampil mengumumkan melantik semula Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatihnya.
Perkembangan itu hadir kira-kira sehari selepas kelab berjulukan Harimau Selatan mengumumkan melepaskan ketua jurulatih sedia adanya, Esteban Solari.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi satu kenyataan rasmi Yang disiarkan di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.
Bukan itu sahaja, kehadiran semula Bidoglio akan disertai beberapa jurulatih baharu untuk menyertai barisan kejurulatihannya termasuk kakitangan kecergasan dan perubatan.
Menariknya, Hector akan turut dibantu oleh pemain berpengalamannya, Aidil Zafuan Radzak yang turut menyertai barisan kejurulatihan JDT.
Sebagai rekod, Bidoglio pernah membimbing JDT bermula Julai hingga November 2022 menggantikan Benjamin Mora.
Sepanjang tempoh itu, Bidoglio berhasil mengemudi JDT merangkul kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super.
Pada saat JDT membawa Esteban Solari ke Johor Bahru dan melantiknya sebagai ketua jurulatih, Bidoglio telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Teknikal JDT dan penasihat bagi skuad utama Harimau Selatan.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers