Artikel

Kelantan FC Diberi Peluang Merayu Sehingga 8 Januari

Kelab bola sepak yang dimiliki oleh Norizam Tukiman iaitu Kelantan FC diberikan peluang untuk membuat rayuan susulan First Instance Body (FIB) menolak permohonan mereka untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan. 

Kegagalan skuad berjulukan The Red Warriors (TRW) untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan itu sekaligus tidak melayakkan mereka untuk bertanding dalam saingan Liga Super 2024-25.

Bagaimanapun, Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheik Mohd Sharif memaklumkan Kelantan yang menamatkan saingan Liga Super 2923 di tangga tercorot itu diberikan masa sebelum jam 5 petang pada 8 Januari 2024 untuk mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Pelesenan Kelab MFL terhadap keputusan yang dilakukan FIB itu.

Sheikh Mohd Nasir menjelaskan Kelantan gagal mendapatkan lesen kerana tidak melengkapkan dua Kriteria Kewangan di bawah sub-kriteria F.04 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At June) dan F.11 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At August) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 November 2023 dan 31 Disember 2023.

Bagi kedua-dua kriteria tersebut, pihak FIB bersetuju untuk memberikan lanjutan masa agar Kelantan dapat menyelesaikannya namun segalanya menemui jalan buntu selepas kelab itu sendiri tidak mengikuti langkah yang disarankan sehingga tarikh akhir yang ditetapkan.

komen