Artikel

Pemain Naturalisasi Kelahiran Colombia Tinggalkan KL City

Pemain kelahiran Colombia yang baru sahaja mendapat kerakyatan Malaysia dan kini menjadi sebahagian daripada anggota skuad kebangsaan, Romel Morales tidak akan beraksi bersama Kuala Lumpur City FC (KL City) pada musim hadapan.

Morales yang berusia 26 tahun tersebut mengesahkan pemergiannya selepas mengucapkan selamat tinggal kepada skuad berjulukan The City Boys menerusi satu hantaran di akaun media sosial peribadinya.

“Inilah harinya, dengan perasaan bercampur baur, selepas tiga tahun yang menakjubkan bersama masanya telah tiba untuk mengucapkan selamat tinggal, saya mahu melahirkan ucapan terima kasih yang tulis ikhlas kepada setiap orang di dalam kelab hebat ini,” tulis Morales yang kini mampu beraksi sebagai penyerang.

Bagaimanapun tiada sebarang bayangan mahupun pendedahan secara langsung mengenai majikan baharunya yang dikongsikan Morales kepada umum dalam hantaran terbabit.

Sebagai rekod, Morales yang asalnya merupakan pemain tengah menyerang mula menyertai KL City (ketika itu dikenali sebagai Kuala Lumpur United FC) sekitar Februari 2021.

Bersama KL City, Morales berjaya menjulang trofi Piala Malaysia 2021 selepas menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ),

Selain itu, Morales turut membantu KL City mara ke perlawanan akhir dan bergelar naib juara Piala AFC 2022.

Sebelum menyertai KL City, Morales sempat beraksi selama semusim bersama Melaka United FC serta Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) pada tahun 2018 dan 2019.

Untuk makluman, Morales mula beraksi dalam kancah Liga Malaysia ketika berusia 20 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Romel Morales (@romelmorales10)

Featured Image: Malaysian Football League

komen