Jepun Bawa 20 Pemain Berpangkalan Di Eropah Untuk Hadapi Piala Asia 2023
January 2, 2024 β€’ Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan dari negara matahari terbit, Jepun membawa pasukan terkuatnya dengan menyenaraikan 20 pemain yang beraksi di benua eropah untuk menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Berdasarkan senarai 26 pemain akhir yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) semalam, antara pemain berpangkalan di eropah yang disenaraikannya adalah pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu dan pemain tengah Liverpool, Wataru Endo.

Bekas wonderkid Real Madrid yang kini menyarung jersi Real Sociedad dalam saingan La Liga, Takefusa Kubo turut sama dipanggil oleh skuad bimbingan Hajime Moriyasu.

Bahkan senarai 26 pemain itu turut disertakan dengan bintang Brighton & Hoves Albion, Kaoru Mitoma – yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang menimpanya ketika beraksi menentang Crystal Palace pada 22 Disember lalu.

Β Selain itu, ianya disertai oleh penjaga gol, Zion Suzuki (Sint-Truiden, Belgium), Tsuyoshi Watanabe (KAA Gent, Belgium), Koki Machida (Union Saint-Gilloise, Belgium), Ko Itakura (Borussia Monchengladbach, Jerman), Hiroki Ito (VfB Stuttgart, Jerman), Yuta Nakayama (Huddersfield Town, England) dan Yukinari Sugawara (AZ Alkmaar, Belanda).

Ianya diikuti oleh Junyo Ito, Keito Nakamura (Reims, Perancis), Takumi Minamino (AS Monaco, Perancis), Takuma Asano (VfL Bochum, Jerman), Ritsu Doan (SC Freiburg, Jerman), Hidemasa Morita (Sporting CP, Portugal), Daizen Maeda, Reo Hatate (Celtic, Scotland) dan Ayase Ueda (Feyenoord, Belanda).

Bakinya terdiri daripada lima pemain yang beraksi dalam saingan bola sepak domestiknya, J.League iaitu dua penjaga gol, Daiya Maekawa (Vissel Kobe) dan Brandon Nozawa (FC Tokyo) dua penyerang, Kaishu Sano (Kashima Antlers) dan Mao Hosoya (Kashiwa Reysol) serta pemain tengah, Seiya Maikuma (Cerezo Osaka).

Manakala seorang lagi pemain ialah Shogo Taniguchi yang beraksi bersama Al-Rayyan dalam kancah bola sepak Qatar.

Untuk makluman semua, Jepun telah diundi dalam Kumpulan D. Skuad berjulukan Samurai Biru ini akan memulakan kempen Piala Asia peringkat kumpulan dengan menentang Vietnam (14 Januari) diikuti Iraq (19 Januari) dan terakhir Indonesia (24 Januari).

Sebagai tambahan, Jepun meletakkan sasaran untuk menjuarai Piala Asia 2023 sekaligus menjadikannya yang kelima selepas menjuarainya pada edisi 1992, 2000, 2004 dan 2011.

Featured Image: Arsenal & Liverpool

Komen