Mousa Al-Tamari yang kini beraksi dalam kancah Ligue 1 bersama Montpellier Herault SC menjadi salah ancaman yang akan dihadapi oleh Malaysia dalam perlawanan pembukaan pertama Kumpulan E dalam saingan Piala Asia 2023.
Pemain berusia 26 tahun yang sering beraksi sebagai penyerang sayap itu antara yang disenaraikan oleh ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta untuk dibawa beraksi di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari kelak.
Untuk pengetahuan semua, Mousa yang berkaki dominan kanan dan kiri mula menyertai Montpellier pada jendela perpindahan sebelum bermula musim 2023-24 telah melakukan 16 penampilan dalam saingan Ligue 1 dan menjaringkan tiga gol serta mencetak tiga bantuan gol.
Senarai akhir 26 skuad kebangsaan Jordan itu turut disertai beberapa pemainya yang beraksi di pelusuk benua asia seperti penjaga gol, Yazid Abu Layla (Al-Jabalain, Arab Saudi); pertahanan, Yazan Al-Arab (Al-Shorta, Iraq), Mohammad Abu Hasheesh (Al-Ahed, Lubnan); Fadi Awad (PDRM FC, Malaysia), Noor Al-Rawabdeh (Selangor FC, Malaysia) dan Ibrahim Saadeh (Al-Khor, Qatar).
Selain itu, dua penyerang yang beraksi di Qatar iaitu Ali Alwan (Al Shamal SC) dan Yazan Al-Naimat (Al-Ahli) turut dipanggil Ammouta kelahiran Maghribi untuk memperkasakan skuad berjulukan Al-Nashama ini.
Selebihnya adalah pemain-pemain yang beraksi dalam kancah domestiknya seperti penjaga gol, Abdullah Al-Fakhouri (Al-Wehdat) dan Ahmad Al-Juaidi (Shabab Al-Ordon); pertahanan, Abdullah Nasib (Al-Hussein), Feras Shelbaieh (Al-Wehdat), Anas Bani Yaseen, Salem Al-Ajalin, Bara’ Marei dan Ihsan Haddad (Al-Faisaly).
Senarai itu diikuti oleh pemain tengah, Rajei Ayed, Mahmoud Al-Mardi (Al-Hussein) dan Nizar Al-Rashdan (Al-Faisaly).
Akhir sekali, ianya disusuli oleh penyerang, Mohannad Abu Taha, Anas Al-Awadat, Saleh Rateb (Al-Wehdat), Mohammad Abu Zureiq, Youssef Abu Jalbush (Al-Faisaly) dan Hamza Al-Dardour (Al-Ramtha SC).
Sebagai tambahan, selepas bertemu Malaysia pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan E, Jordan yang menghuni ranking ke-87 dunia akan dijadualkan menentang Republik Korea (20 Januari) serta Bahrain (25 Januari).
Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kelima Jordan di pentas Piala Asia selepas menyertainya pada edisi 2004, 2011, 2015 dan 2019.
Featured Image: Montpellier Herault Sport Club