Artikel

Pemain Tengah Kuching City Dipanggil Namibia Hadapi AFCON 2023

Seorang pemain yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia turut mewarnai saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 yang akan bermula dari 13 Januari hingga 11 Februari kelak di Ivory Coast.

Ini selepas pemain Kuching City FC, Petrus Shitembi tersenarai dalam kalangan 23 pemain akhir yang dipilih ketua jurulatih Namibia, Collin Benjamin bagi menghadapi saingan yang berlangsung setiap empat tahun sekali melibatkan 24 negara terbaik di benua afrika itu.

Shitembi, 31 tahun, yang menyertai Kuching City kendalian Aidil Sharin Sahak pada awal Ogos lalu akan memulakan kempen AFCON 2023 bersama Namibia dalam Kumpulan E.

Skuad berjulukan The Brave Warriors yang menghuni ranking ke-115 dunia ini akan dijadualkan menentang Tunisia (ranking ke-28) diikuti Afrika Selatan (ranking ke-66) pada 16 dan 21 Januari masing-masing.

Akhir sekali, Namibia akan mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Mali (ranking ke-51) pada 24 Januari.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan penampilan keempat Namibia di pentas AFCON selepas menyertainya pada edisi 1998, 2008 dan 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NFA (@namibiafootballassociation)

Featured Image: Kuching City FC

komen