Artikel

Roberto Mancini Kutip 100% Pemain Liga Pro Saudi Hadapi Piala Asia 2023

Roberto Mancini mempertaruhkan 100% pemain daripada liga domestiknya, Liga Pro Saudi untuk membarisi skuad kebangsaan Arab Saudi bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023.

Berdasarkan senarai yang dikongsikan pelbagai akaun media sosial milik skuad kebangsaannya, pemain Al Hilal – kelab yang disertai Neymar – paling ramai dipanggil untuk bersama skuad berjulukan Green Falcons ini iaitu seramai lapan orang.

Manakala pemain Al Nassr – kelab yang diwakili Cristiano Ronaldo – muncul yang kedua teramai dipanggil oleh Mancini iaitu seramai tujuh orang.

Untuk pengetahuan semua, Al Hilal merupakan pendahulu Liga Pro Saudi pada saat ini dengan mengumpul 53 mata daripada 19 perlawanan musim 2023-24.

Sementara itu, Al Nassr pula berada di tangga kedua dengan kutipan 46 mata daripada 19 perlawanan yang telah dilaluinya.

Selebihnya, skuad Arab Saudi turut diperkuatkan dengan kehadiran tiga pemain Al Shabab, dua pemain Al Ittihad dan Al Fateh serta seorang pemain dari Al Ahli, Al Fayha, Al Taawoun dan Al Okhdood masing-masing.

Arab Saudi yang berada di ranking ke-56 dunia telah diundi dalam Kumpulan F bersama-sama Thailand, Republik Kyrgyzstan dan Oman.

Persembahan dan prestasi Arab Saudi di Piala Asia edisi kali ini perlu harus diberikan tumpuan oleh Malaysia Malaysia bimbingan Kim Pan-gon.

Ini berikutan kedua-dua pasukan berpeluang bertembung sesama sendiri pada Pusingan 16 sekiranya Arab Saudi muncul juara Kumpula F manakala Malaysia menamatkan saingan Kumpulan E selaku naib juara.

Sebagai tambahan, Arab Saudi tidak pernah ketinggalan untuk beraksi di pentas Piala Asia 11 edisi berturut-turut sejak layak buat julung kalinya bermula edisi 1984 dan berjaya muncul juara sebanyak tiga kali pada edisi 1984, 1988 dan 1996.

Senarai penuh 26 pemain yang membarisi skuad Arab Saudi adalah seperti berikut:

Penjaga gol: Nawaf Al-Aqidi, Raghed Al-Najjr (Al Nassr) dan Ahmed Al-Kassar (Al Fayha, Arab Saudi).

Pertahanan: Ali Al-Bulayhi, Saud Abdulhamid, Hassan Al-Tambakti, Nasser Al-Dawsari (Al Hilal), Ali Lajami (Al Nassr), Fawaz Al-Sagour (Al Shabab), Awn Al-Saluli (Al Taawoun) dan Hassan Kadesh (Al Ittihad).

Pemain Tengah: Abdulelah Al-Malki, Mohamed Kanno (Al Hilal), Mukhtar Ali, Abbas Al-Hassan (Al Fateh), Abdullah Al-Khaibari, Sami Al-Najei (Al Nassr), Eid Al-Muwallad (Al Okhdood) dan Faisal Al-Ghamdi (Al Ittihad).

Penyerang: Salem Al-Dawsari, Saleh Al-Shehri (Al Hilal), Abdulrahman Ghareeb, Ayman Yahya (Al Nassr), Fahad Al-Muwallad, Abdullah Radif (Al Shabab) dan Firas Al-Buraikan (Al Ahli).

Featured Image: Saudi Arabia Football Federation

komen