Hoki Kelayakan Olimpik: Senarai 18 Pemain Wanita Ke Sepanyol Diumumkan
January 8, 2024 Hafizuddin Omar

Skuad hoki senior wanita kebangsaan kendalian Nasihin Nubli Ibrahim akan mengharungi Kejohanan FIH Hoki Kelayakan Olimpik 2024 di Valencia, Sepanyol bermula 13hb hingga 21hb Januari kelak.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Dato’ Najmi Razak secara rasminya mengumumkan senarai 18 pemain yang terpilih untuk mengharungi kejohanan terbabit.

Senarai pemain-pemain wanita yang terpilih adalah seperti berikut:

  • Penjaga gol – Zalia Nasir (1), Haslinda Zainal Abidin (32)
  • Pertahanan – Juliani Din (8, Kapten), Fatin Sukri (21), Anith Baharudin (17), Nabila Yussaini (33), Fatin Azman (24)
  • Pemain tengah – Syafi Shiek Fuad (27), Insyirah Effarizal (19), Irdina Mohd Nor (4), Kirandeep Kau (29), Dayang Abang Mahadini (5), Raja Sharina Raja Shabuddin (6)
  • Penyerang – Amirah Zulkifli (16), Arfah Mohd Nor (10), Afiqah Azhar (11), Azmyra Azhairy (7), Azureen Mohammed Badusha (18)

Skuad wanita kebangsaan telah diundi dalam Pool B dan akan memulakan kempen ini dengan menentang Sepanyol (6.45 petang, 13 Januari) diikuti dengan Kanada (4.30 petang, 14 Januari) dan akhir sekali Great Britain (9.15 malam, 16 Januari).

Sebelum menyertai kejohanan terbabit, skuad wanita telah berhadapan New Zealand sebanyak dua kali dan tewas 0-6 serta 0-5 kepada skuad yang menghuni ranking kesembilan dunia itu.

Featured Image: Malaysian Hockey Confederation

Komen