Artikel

Terbuka Malaysia: Soon Huat-Shevon Bangkit Lakar Kemenangan Pertama 2024

Beregu campuran No.2 negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berhasil memulakan perlawanan pertama pada musim 2024 langkah kanan.

Ianya setelah Soon Huat-Shevon menumpaskan beregu England yang berada di ranking ke-36 dunia, Gregory Mairs dan Jenny Mairs pada pusingan 32 di Terbuka Malaysia, hari ini.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak datang dengan mudah buat Soon Huat-Shevon apabila terlebih dahulu terpaksa mengharungi tiga set permainan sebelum mengakhiri permainan dengan skor 21-16, 15-21 dan 21-17.

Bahkan aksi sengit yang berlangsung di Gelanggang 2, Axiata Arena itu turut berlangsung dalam tempoh masa satu jam sebelum menemui pemenangnya.

Susulan kemenangan ini, Soon Huat-Shevon yang kini berada di ranking ke-15 dunia berhasil meneruskan langkah ke pusingan 16 di kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000.

Pada peringkat berikutnya, Shevon-Jemie akan bertemu samada beregu Thailand yang menghuni ranking keenam dunia, Dechapol Puavanukroh-Sapsiree Taerattanachai atau beregu Belanda di kedudukan ke-16 dunia, Robin Tabeling dan Selena Piek.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen