Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi Meluncur Ke Pusingan 16
January 9, 2024 Hafizuddin Omar

Kempen beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi dalam kejohanan Terbuka Malaysia 2024 tidak terhenti setakat pusingan 32.

Sebaliknya Yew Sin-Ee Yi berhasil meneruskan langkah ke pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 itu.

Ini selepas Yew Sin-Ee Yi yang kini berada di tangga ke-12 dunia dapat menumpaskan lawannya dari Chinese Taipei, Lu Ching Yao dan Yang Po pada peringkat pusingan 32, sebentar tadi.

Bahkan Yew Sin-Ee Yi berjaya melakar kemenangan bergaya ke pasangan No.23 dunia terbabit secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 21-15 dalam tempoh masa 41 minit.

Kemenangan pada hari ini sekaligus melebarkan rekod kemenangannya ke atas Ching Yao-Po Han kepada lima daripada lapan pertemuan di pentas antarabangsa secara keseluruhan.

Sementara itu, pada peringkat pusingan 16 kelak, Yew Sin-Ee Yi akan bertemu beregu sedang yang menghuni ranking kelima dunia, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen.

Untuk makluman, pasangan No.1 Denmark ini mara selepas menundukkan beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin juga secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 21-10.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen