Terbuka Malaysia: Sakit Belakang Paksa Tze Yong Hentikan Permainan
January 10, 2024 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki No.2 tanah air, Ng Tze Yong melupakan hasrat untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Terbuka Malaysia 2024.

Ini berikutan pemain berusia 23 tahun ini terpaksa memberhentikan permainannya ketika berhadapan perseorangan Jepun, Koki Watanabe pada pusingan 32.

Pada saat itu, Tze Yong sedang ketinggalan 8-12 kepada Koki yang berada di ranking ke-23 dunia pada set pertama yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tze Yong ketika ditemui selepas perlawanan terbabit memaklumkan terpaksa memberhentikan permainannya ekoran mengalami kesakitan di bahagian belakangnya.

Tambahnya lagi, kesakitan itu hanya dirasai selepas melakukan “smash” kepada lawannya.

Sebelum memulakan permainan, Tze Yong tidak merasakan sebarang kesakitan di bahagian belakangnya.

Sebagai rekod, Tze Yong pernah bertemu Koki sebanyak sekali sebelum in di Terbuka Jepun 2023.

Pertembungan itu berakhir dengan Tze Yong mengalami kekalahan secara “straight set” menerusi skor 17-21 dan 14-21.

Sementara itu, Koki yang dapat melangkah ke pusingan 16 akan berhadapan samada pemain Denmark, Anders Antonsen atau pemain India, Prannoy Haseena Sunil Kumar.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen