Pertemuan terakhir melibatkan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menentang beregu Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue di Terbuka China 2023 berakhir dengan kekalahan.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak berulang apabila Tang-Jie yang kini berada di ranking kesembilan dunia bertemu lawan yang sama pada peringkat pusingan 32 Terbuka Malaysia 2024, hari ini.
Pertemuan yang berlangsung di Gelanggang 1, Axiata Arena itu tadi menyaksikan Tang Jie-Ee Wei berhasil mengakhiri permainan menentang beregu yang berada di ranking kesebelas dunia itu secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-18.
PETRONAS Malaysia Open 2024
XD – R32
🇲🇾CHEN Tang Jie🏅
21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅
🇫🇷Thom GICQUEL
17 18 🇫🇷Delphine DELRUE🕚 in 47 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 10, 2024
Kemenangan itu sekaligus membolehkan Tang Jie-Ee Wei yang diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan mara ke pusingan 16 dalam saingan Jelajah Dunia BWF Super 1000.
Sebagai rekod, ketika bertemu kali terahir sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur tumpas di tangan Thom-Delphine “straight set” menerusi skor 16-21 dan 13-21.
Sementara itu, pada pusingan 16 kelak, Tang Jie-Ee Wei akan bertemu samada beregu Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai atau beregu Jepun, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.
Sebagai tambahan, ini merupakan penyertaan Tang Jie-Ee Wei yang kedua dalam kejohanan Terbuka Malaysia sepanjang bergandingan bersama.
Pada edisi tahu lalu, Tang-Jie Ee Wei berhasil mara ke peringkat suku akhir sebelum ditumpaskan beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai secara “straight set” menerusi skor 21-19 dan 21-9.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia