Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang merupakan beregu campuran No.1 negara terpaksa akur terkandas di pusingan 16 dalam kejohanan Terbuka Malaysia 2024.
Ini berikutan gandingan yang berada di ranking kesembilan dunia terbabit tumpas di tangan beregu Jepun yang menghuni ranking ke-13 dunia, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito pada peringkat tersebut, hari ini.
Dalam pertarungan tersebut, Tang Jie-Ee Wei mengalami kekalahan secara “straight set” menerusi skor 24-22 dan 21-14 dalam tempoh 42 minit di Gelanggang 1, Axiata Arena.
PETRONAS Malaysia Open 2024
XD – R16
🇯🇵Hiroki MIDORIKAWA🏅
24 21 🇯🇵Natsu SAITO🏅
🇲🇾CHEN Tang Jie
22 14 🇲🇾TOH Ee Wei🕚 in 42 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 11, 2024
Pada masa yang sama, keputusan itu menjadikan Tang Jie-Ee Wei kini tumpas dua kali berturut-turut di tangan Hiroki-Natsu daripada tiga pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.
Selain itu, kekalahan ini menyaksikan Tang Jie-Ee Wei gagal mengulangi pencapaian pada tahun lalu iaitu mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 ini.
Sementara itu, Hiroki-Natsu yang melangkah ke peringkat suku akhir akan bertemu rakan senegaranya yang berada di ranking kedua dunia, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino untuk merebut tiket separuh akhir.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia