Artikel

Le Tour de Langkawi 2024 Berlangsung 29 Sep – 6 Okt

Perlumbaan berbasikal jalan raya pelbagai peringkat, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 akan berlangsung bermula 29 September dan berakhir pada 6 Oktober kelak.

Pengesahan tarikh penganjuran itu hadir menerusi perkongsian infografik mengenai tarikh-tarikh penting temasya dan acara bagi tahun 2024 oleh Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia di pelbagai platform media sosialnya.

Bagaimanapun, perincian mengenai lokasi perlumbaan, jumlah peringkat perlumbaan, jarak keseluruhan serta lain-lain lagi tidak dinyatakan setakat ini.

Tinjauan di laman sesawang Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) turut memaparkan tarikh penganjuran yang sama. 

Menerusi tinjuan di laman sesawang terbabit, perlumbaan LTdL 2024 masih kekal dengan status Pro Series – kejohanan berbasikal jalan raya Tier 2 oleh badan induk berbasikal dunia terbabit.

Featured Image: Petronas Le Tour de Langkawi

komen